~ Like this blog ~..

Followers

Wednesday 25 December 2013

Ada sesuatu yang perlu kita lakukan !

Bismillah,, Assalamualaikum..
Beberapa hari ini, rasa tertegur oleh beberapa kejadian. Menyedarkan diri bahawa dalam hidup ini perlu ada sesuatu yang perlu dilakukan..Memahami bakat dan meneliti kemampuan diri, itu sesuatu yang dituntut dalam islam sebenarnya. Bahkan, Rasulullah s.a.w sendiri memberi contoh kepada kita ketika baginda bermuamalah dengan sahabat-sahabat baginda mengikut bakat mereka.
 

Kerana ‘kekuatan’ saya pada "MENULIS", saya melihat dunia ini perlu dipenuhi dengan penulisan yang baik..


                            

Penulisan yang mampu mendidik sebuah masyarakat…Penulisan yang mampu menyalurkan ruh ketenangan dan kedamaian untuk sahabat lain…Penulisan yang bercerita tentang kisah-kisah inspirasi di tempat kita untuk menjentik semangat sahabat lain…Penulisan yang bercerita mengenai ibrah dari pengalaman kita yang tidak mampu dialami oleh orang lain…Penulisan yang terhasil dari sebuah idea dan realiti berpandukan wahyu Allah..
Mungkin, ramai orang mencemuh atau tidak endahkan penulisan kita. tetapi, ketahuilah ada hati-hati yang Allah pilih untuk menelan lumat-lumat penulisan itu. Ada hati-hati yang sedang ternanti-nanti tulisan bernas penuh muhasabah dari tulisan kita..

Bukan hanya penulisan.Begitu juga bicara tenang penuh hikmah dari seorang ‘kita’. Begitu juga video hebat dari bakat seorang manusia ikhlas.. begitu juga semua kerja-kerja yang mampu kita lakukan. Teruskan semua itu sebagai seorang "MUKMIN MUKHLIS.."

Dan ‘silent reader’ kita sedang mengamalkan dan mendoakan kita untuk keikhlasan kita..

p/s: Saya cuma mengharapkan tulisan ini juga dibaca dengan hati yang ikhlas. Biar ada manfaat kekal untuk kita semua…

# Struggling + writing #

12:45pm
Mu'tah, Jordan
 

Thursday 19 December 2013

Nikmat berbulatan cinta ^^..


Assalamualaikum... ;)

Setelah sekian lama diri menyepi mencari kekuatan hati..dirasakan jari jemari yang naif menulis ini seakan-akan ingin menari untuk memberi,berkongsi rasa 'gembira' dengan nikmat berbulatan cinta^^..

 Setelah lama diri ini dibiarkan tidak dicas dengan tazkirah dan tasyji' yang menusuk hingga ke ruang kecil ini..akhirnya semalam diberi ruang dan peluang untuk bertemu mata, berkongsi cerita dengan sahabat-sahabat "ZAHRATUL JANNAH"...pelbagai cerita dan nasihat yang dikongsi, sungguh berada di dalam 'keluarga' ini merupakan satu nikmat yang tak ternilai harganya...memetik firman ALLAH dari kitab cinta (Al-Maidah:35) jom buka dan renung sebentar ;)

~Moga ALLAH sentiasa tautkan 'hati-hati' ini untuk terus istiqamah berada di jalan ini~
Nota khusus buat kalian sahabat-sahabat tercinta :: Ayong nisa, angah mimi, achik adzreen, adeq haziya, ude nadia, alang farahiyah,ateh syafiqah & andak anati..::

Ketahuilah, saya disini bukan yang terbaik untuk kalian semua..bukan naqibah agung,
bukan seorang selebriti untuk dibangga-banggakan, bukan pula seorang yang kebal perasaan..
Adakalanya saya masih memerlukan sokongan, dokongan dan harapan dari kalian semua..
Masih juga memerlukan bahu kalian untuk dipinjam mencurahkan masalah yang dihadapi,
berkongsi rasa berat itu..Dan saya, bukan 'Incredible Hulk', saya juga manusia biasa seperti kalian semua.. Saya juga pernah berada di tempat anda, berbuat jahiliah dan juga titik-titik hitam dosa, tapi ketahuilah, saya tak pernah berputus harap untuk kembali pada pangkuanNya.. Walaupun lambat, biarpun penat saya hayun juga kaki ini mengharapkan agar Allah menerima taubat saya..

Kalian merupakan saham akhirat saya, kalian juga kekuatan saya, bila melihat ruh-ruh baru itu dihidupkan setelah dibersihkan, saya jadi bersemangat..kalian mungkin tidak tahu, itulah pengalaman dan momen terindah untuk saya, jangan pernah lupa akan satu hal ini yang saya sayang kalian kerana ALLAH s.w.t.. <3 br="">

 Dengan tiupan cinta & kasih buat kalian semua.. "ZAHRATUL JANNAH"   

~Siti Nur Radhiah Alias~
09:28 am
Mu'tah, Jordan                             


Friday 22 November 2013

~Corat-coret Dakwah~

Bismillah.. Assalamualaikum..

"Kita ini fityah huruf kecil ke huruf besar? Pemuda hanya sekadar pada nama atau pada amalnya sekali?" satu pertanyaan dari seorang ukhti yang menggerakan jari-jari ini untuk menulis entry ini..

***********************

Amal dakwah adalah amal yang tidak boleh kita hentikan. Terhenti kerana tangan kita adalah paling malang. Amal dakwah ini bukanlah terhenti setelah kita berjaya mencapai kemenangan. Malah setelah mencapai kemenangan itu nanti, kita wajib mempertahankannya.Lalu, bukanlah amal dakwah ini amal yang tidak akan berhenti ? Amal dakwah ini datang kepada kita dengan sifatnya tanpa henti ini kerana inilah sunnah alam semesta. Hanya Allah sahajalah yang layak menghentikannya !

Selagi mana putaran alam ini tidak terhenti maka selagi itulah amal kita tidak akan berhenti. Sebelum ini kita percaya pada hakikat dakwah iaitu "al-wajibaat akthar min auqaat"..Selagi masa itu berdetik, maka selagi itulah amal dakwah ini perlu dikerjakan. Walaupun kita tahu kerja-kerja dakwah ini teramatlah banyaknya. Tenaga manusia yang mengamalkannya terlalu sedikit jika ingin dinisbahkan dengan penduduk alam semesta ini. Dan manusia yang sama itu juga mempunyai tanggungjawab yang lain untuk ditunaikannya.Adakah ini bermakna kita tidak boleh langsung berehat ? tidak..Cuma kerehatan yang kita cari biarlah kerehatan setelah penat yang sepenat-penatnya. Bukanlah kerehatan yang ingin memuaskan nafsu kerehatan itu semata.

Dari dulu kita dibina sampailah akhirnya kita diberi amanah untuk menjadi pimpinan di dalam dakwah. Mesyuarat sering dibuat demi mencapai satu kata sepakat. Segala isu dan masalah kita berusaha untuk menyelesaikan. Sampailah pada satu tempoh masa yang mana kita semua hanya memandang hal ini dari atas.Kita sudah tidak lagi merasakan amal dakwah itu yang mengalirkan ruh kita untuk terus bergerak di atas muka bumi ini. Kerana kita lebih merasakan dakwah ini untuk diuruskan, bukan untuk diamalkan. Kita hanya memberi arahan dan memutuskan keputusan dan pekerja-pekerja di bawah yang akan menjalankannya.Akhirnya, kita akan menjadi seorang daie yang berdiam diri meskipun berada dalam gerabak dakwah. Bezanya adalah kita sedang berada di puncak kebinasaan kerana diam tanpa amal itu adalah aib bagi seorang hamba yang beriman.

Habis punah janji manis sewaktu awal dulu mula menginfaqkan diri ke dalam jalan dakwah. Disangka hidup akan bahagia sampai ke akhir tetapi malangnya kini tidak lagi berada dalam janji. Malah, terus mengubah janji tersebut...  sambil2 tu tadabur surah sekejap - (33:23)

*note untuk sang daie.."Fikiran tidak dapat dibatasi, lisan tidak dapat dibungkam, anggota tubuh tak dapat diam..kerana itu jika kamu tidak dapat disibukkan dengan hal hal yang besar maka kamu akan disibukkan dengan perkara-perkara yang remeh. (Abdul Wahab Azzam)"..

Kini telah tiba masanya kita memulakan proses merawat diri sendiri sebelum kita terlebih dahulu ingin merawat orang lain...lihat semula pada perjalanan halaqah kita sendiri...Adakah rasanya gembira seperti dulu ?

Muhasabah juga perjalanan halaqah jundi-jundi dakwah yang berada di bawah kita.
Adakah tarbiyyah mereka tersusun elok ?
Adakah mereka ditempatkan pada kedudukan yang sesuai dengan potensi diri mereka ?
Apatah lagi perjalanan halaqah mutarabbi kita sendiri.
Adakah tarbiyyah yang dicurahkan kepada mereka berhasil ?
Adakah celupan dakwah itu berjaya menggerakkan mereka ?

Jangan sesekali terlupa untuk memberi hak kepada mereka apatah lagi hak yang mereka tuntut itu adalah hak tarbiyyah dan dakwah mereka. Di samping itu, kita juga terus memperkuat hubungan kita dengan Allah taala kerana sesungguhnya hanya Dia sahajalah yang menjadi penjaga kepada amal dakwah ini.Betapa kerdil diri kita ini hanya menjaga amanah dakwah berbekalkan kudrat seorang manusia...
Marilah kita mengumpul semangat semula untuk menjayakan agenda dakwah ini sehingga sampai kepada satu ganjaran yang tak terbayang dek mata dan akal fikiran kita.

Saat ini, jadikanlah syurga sebagai sumber motivasi untuk kita mengejar kegemilangan hidup dengan dakwah ini. Kita tidak mahu dakwah ini sekadar popular tetapi kita mahukan supaya dakwah ini menjadi amal seluruh penghuni bumi.

Menjadi fatayat yang sebenar-benar pemuda dakwah itu bukanlah satu realiti yang senang.

~Moga Allah redha :'(~









 

Sunday 17 November 2013

~Unik aturanNya ^__^..~


~wasilah ukhuwah~

**********************

Perancangan Allah sungguh unik,, kadang tanpa disedari ada persamaan yang terikat dalam diam..

*Sungguh mengujakan apabila 'link blog' ini hampir sama dengan seorang akak yang sangat dikagumi..membahasakan dirinya sebagai 'k.anjang Hazirah' :).. Keterbetulan ini mungkin sudah dirancangkan olehNya,, hanya tempoh masa sahaja yang menemukan kami.. Allahurabbi ! benar2 hebat aturanNya..inspirasi dalam meletakkan 'link blog'.. itulah persamaan kami.. :) satu perancangan yang terselit hikmah didalamnya..

Tanpa mengambil masa yang lama, hati ini terus tergerak untuk membuka blog k.anjang..
Alhamdulillah,, banyak benda yang diri ini dapat hasil dari pena k.anjang.. Antaranya peringatan2 buat diri yang selalu alpa, suntikan semangat dan bermacam2 lagi.. terima kasih atas penulisan tersebut k.anjang.. :)

sebelum mengundur diri,, sukalah saya berkongsi link blog k.anjang untuk diambil manfaat bersama.. ^^
http://www.jundiislam.blogspot.com/

*Allah hadirkan bermacam2 wasilah untuk mengingatkan kita, diantaranya melalui SAHABAT.. cuma tinggal kita sahaja untuk membuat pilihan.. (y)
                                          

Saturday 16 November 2013

~Susah itu TARBIAH ** Sabar itu INDAH~

 
~ Bismillah ~

Akan ada satu ketika.. kita akan rebah di bumi..tatkala itu hanya Allah yang tahu apa yang kita rasa..kita mencari solusi sana dan sini,, tapi semua itu menghampakan.. Sampaikan kita hampir-hampir berputus asa untuk bangkit kembali..

*Lantas,, kita tersedar..bahawa inilah teguran dari sang Pencipta..saat itulah juga kita kembali mendekatkan diri kepada DIA..pabila kita REDHA pada sesuatu yang mengecewakan hati kita..maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka..

~Allah tegur tanda DIA rindu.. Allah uji tanda DIA sayang..berhusnudzonlah dengan DIA~


Andai masalah itu boleh diterbangkan semudah ini.. :')


 

Thursday 10 October 2013

:: Just A Minute ::

 
 
 
 
*Bismillah,, Assalamualaikum..
 


~ It’s all about searching the redha of ALLAH Taala.. :'(

Sunday 15 September 2013

~ Duka SYRIA bersama kami ~



*Bismillah... Assalamualaikum ! ^^

Alhamdulillah,, bertarikh 13/09/2013 --> Jumaat,, diberi peluang untuk mengikuti satu misi bantuan kepada rakyat2 SYRIA yang berada di Mu'tah, Jordan.. Banyak pengalaman yang saya dapat hasil dari misi tersebut.. Berjumpa dengan rakyat2 Syria disini,, bertemu mata, bertanya khabar pun sudah cukup untuk membuatkan diri ini merasai duka mereka..

*Antara barang sumbangan yang akan diagihkan kepada pelarian Syria..

         

Tersentuh hati ni,, pabila melihat mereka semua.. Disebalik senyuman mereka..tersingkap seribu kesedihan di dalam "hati" kecil mereka..

                                                       

Lagi sebak melihat mereka berebut2 mengambil barang yang diagihkan..tak kira makanan mahupun pakaian.. Terus terketuk hati ini.. mereka di sana hidup serba kekurangan,, masih lagi memerlukan bantuan..
Tapi..bagi yang diberi peluang untuk merasai sedikit kemewahan dari segi kehidupan?? Bagaimana.. adakah kita bersyukur dengan kehidupan kita.. ??

Muhasabah_muhasabah_muhasabah... Kadang kita masih lagi merungut kerna tidak mendapat apa yang kita mahu.. tapi mereka.. apa yang mereka boleh guna.. mereka ambil.."potong bawang banyak2.. :'("..

~ Terdetik juga di hati ini,, bagaimana jika "DIRI INI" berada di tempat mereka.. kehilangan keluarga..kehilangan tempat tinggal.. dan lain2.. adakah aku mampu untuk kuat seperti mereka?? ~~

       
 * Wajah2 ceria anak2 SYRIA.. 

~ Hulurkan tangan..ringankan beban mereka.. pray 4 S.P.M.. (Syria, Palestin, Mesir)
Dan juga Malaysia... ^^..


~Antara yang terlibat dalam menjayakan misi ini~










Tuesday 10 September 2013

~ Duhai HATI..mohon KUAT !! ~

* Bismillah..
 

Kehidupan seharian menuntut kita untuk sentiasa berhubung dengan manusia di sekeliling.. Bukan seorang,, bukan jua dua orang..malah ramai sekali..

Sungguh,, kelemahan bagi diri seseorang bila berkumpul ramai-ramai akan ada "hati" yang rapuh tatkala mendengar bicara yang sinis.. Senang sangat nak lemah..senang sangat nak terasa.. SEDIH.. :(

Walau dah berjuta kali si "hati" itu dididik supaya menjadi kuat,, menjadi kering..tapi akan terselit jua walau sedikit perasaan sedih...Menangis....

Walau beribu kali si "hati" itu di brainwash supaya menjadi cekal dan tabah..namun, ada saja serpihan yang akan keluar.. Mengeluh...

Manusia itu aneh bukan? Kadang melukakan hati perasaan yang di sekeliling walhal diri sendiri tidak mahu terluka...

Senyumlah si pemilik "hati" kecil itu,, senyumlah,, walau berjuta manusia mengherdik atau membenci dirimu tetaplah tersenyum kerana sesungguhnya engkau pon berhak untuk bahagia..  ^^

* Duhai HATI,, mohon KUAT !!



Monday 9 September 2013

~ Si Gadis 20 ~



* Bismillah,,

09 September 2013,, hadirnya diri ini ke dunia sebagai puteri sulong di dalam keluarga.. Dan hari ini,, sedar tak sedar umur sudah mengijak ke angka 20 tahun.. Penat berjalan menongkah arus..menginjak fasa demi fasa..ada yang manis,ada juga yang pahit...namun ketahuilah itulah rencah dunia..Jika tiada yang pahit,,takkan dirasai realitinya dunia ini..

20tahun..Diri ini belajar untuk menjadi seorang hamba yang patuh pada arahan Tuannya...belajar menjadi anak yang solehah..belajar apa itu erti persahabatan..dari semua ini pelbagai perkara telah Allah tunjukkan sebagai bekalan supaya diri ini mampu melangkah untuk hari-hari yang mendatang kelak..
“selamat hari lahir anak ibu”..“sanah helwah”..“selamat hari lahir kak siti”..
Pelbagai ucapan dan doa diterima..sungguh diri ini menghargai doa dan ucapan dari insan2 yang disayangi..namun tidak kira birthday ataupun tidak..serta cukup umur atau tidak..kerana tanpa aspek itu pun usia ini akan terus meningkat di samping  kematian yang semakin mendekat...20 tahun membesar dalam tarbiyyah Islam mendidik diri ini untuk meletakkan pergantungan yang tinggi pd Tuhan yang Mencipta..bukan bermaksud manusia itu tidak berperikemanusiaan..tapi manusia itu sifatnya tidak kekal...
 
"apa hadiah special yang pernah awak dapat?" tersenyum spontan menerima soalan ini...lantas tiada lain yang diungkapkan selain dari..“nikmat Iman dan Islam serta keluarga yang setia di sisi,sahabat yang sentiasa menemani dan juga bakal suami yang akan menghiasi sepi..”..Itulah anugerah terindah yang tiada gantinya... :)

"salam kelahiran menuju kematian wahai srikandi"-menerima nota daripada hamba Allah..Walau ucapannya cukup ringkas..tetapi ia cukup memberi impak pada diri ini tatkala menerimanya...Menunggu hadiah yang bermacam2 sehingga terlupa peningkatan usia ini adalah peringatan dari Rabb untuk lebih peka bukannya leka...Astaghfirullah~

Setiap tahun pasti berbeza lokasi menyambut hari ulangtahun kelahiran...Persamaanya adalah akan menyambutnya secara berseorangan tanpa keluarga di sisi kerana faktor jihad ilmu...Tapi itu bukan penyebab untuk kasih sayang itu semakin tawar..Malah membuahkan rindu yg membuak2 di antara kami...Berbulan2 tidak bersua atas sebab mengejar cita2...Rindu mula berputik kala semuanya dengan haluan dan misi tertentu...Nikmatnya berkeluarga atas nama Allah~demi Allah,diri ini tidak sanggup untuk kehilangan nikmat terindah ini...moga keluarga ini kekal hingga ke syurga... Amiin..

*Akhir kata..terima kasih atas ucapan dan doa sahabat2 sekalian...Yang tidak memberinya secara tersurat..cukuplah mendoakan dalam diam...Moga usia ini bercambah dalam lingkungan redha Ilahi...20 tahun,usia itu tidak SEMUDA yang disangka~

~Secebis nOta buat peringatan bersama... ^^

"Aku hanya insan biasa yang ingin melangkah sebagai hambaNya yang luar biasa..biar tenggelam timbul dalam arus dunia..aku tetap dengan matlamat hidup yang tidak pernah berubah..biar ditinggalkan dengan sahabat yang aku percaya tanpa sebab..biar dihentam beribu cacian manusia yang tidak mengenal erti bersalah..itu tidak akan pernah membuka jalan untuk aku u-turn membelakangi agama..futur itu pastinya lumrah tapi jangan biar rasa itu terkubur dalam diri kerana sifat tersebut boleh membinasakan jika tidak bijak dalam menanganinya.."

Friday 6 September 2013

~ Nota Cinta Buatmu Teman~ ^^


*Bismillah..




masihkah kalian ingat,,muqadimah perhubungan ini..nukilannya tanpa coretan kata..pada helaian warkah..bukan pada titik pertemuan.. akan tetapi kemuliaan kalimah salam kuutuskan buat kalian.. sejarah kehidupan jadi perantaraan tersimpan kemas di ruang memori,, menjadi bukti ikatan persahabatan yang terjalin..

Sahabat,, aku kini masih berjalan di pentas hakiki persahabatan ini merentasi setiap detik.. kadang membawaku ke lorong lamunan pabila jiwaku disinggah kesepian menemani bersendirian..

Sahabat..andai warkah persahabatan ini terselit kalam merangkai dusta,, mencalar luka,, susunan jari ku hulurkan,, salam kemaafan ku luahkan..

Sahabat,, tiada lagi harapan sebesar gunung,,tiada rindu untuk ku layarkan,, melainkan untuk persahabatan ini bagai air mengalir tiada perhentian... ^^..

~ Nukilan dari diri ini,, khusus buat kalian semua.. Banat Gen-21 MDQ, Rusila..~

Saturday 24 August 2013

~ Kita yang ubah DIRI KITA SENDIRI ~

*Bismillah..

Memetik satu firman Allah  dari senaskhah kitab suci.. ( 13 : 11 )...

~ Setiap orang mempunyai potensi untuk menjadi lebih baik kerana mencintai kebenaran itu merupakan fitrah insani.. tapi bagaimana caranya?? Pernah tak terfikir,, kadang2 berbagai jalan kita masuk, berbagai cara kita cari supaya kita boleh berubah menjadi lebih baik,, tapi itu semua hanya berlaku sementara.. kenapa??

Semua orang begitu kan?? Hatta,, diri saya sendiri pon begitu.. Bila difikirkan balik.. luaran kita mahu berubah,, tapi yang di dalam ni..?? HATI kita.. Raja segala anggota kita.. adakah ia sendiri tunduk pada kehendak kita yang mahu berubah??

--> Berilah sebanyak manapun program motivasi, seminar potensi diri..
jemputlah sehebat manapun penceramah motivasi..buatlah di hotel manapun..pusat konvesyen ataupun tempat2 yang hebat..belilah buku sehebat manapun pengarangnya..setebal manapun isinya..
perubahan itu datang dari KITA SENDIRI...semuanya bergantung pada DIRI KITA SENDIRI !!

Bukan BUKU hebat yang mengubah kita..bukan penceramah gempak yang mampu menjadikan kita lebih baik..TETAPI...hanya DIRI KITA yang mampu mengubah diri kita sendiri...

~ Dush !! macam batu jatuh atas badan.. sakit sampai dalam... Ayuh !! ajak diri.. ajak yang di sekeliling..mulakan perubahan.. masih belum terlambat.. Jom koreksi diri balik,, muhasabah.. MULAKAN PERUBAHAN KE ARAH YANG LEBIH BAIK LAGI... ^^





Sunday 18 August 2013

~ Usah risau pasal Jodoh,,tapi persiapkan dirimu !!~

*Bismillah..

"Kalau nak tengok generasi akan datang (anak2 kita).. lihat perangai kita pada waktu sekarang.."

Dush !! kata2 bonda penasihat (ustazah Halimah) itu sangat berbekas di hati.. terasa semakin takut untuk memikul tanggunjawab..semakin takut untuk memasuki alam perkahwinan.. Diri ini masih perlu banyak yang kena baiki..

Kadang tanpa kita sedari,, kita meminta dariNya yang terbaik tetapi adakah kita sudah bersedia menjadi yang terbaik?? check balik diri masing2..
Realiti kehidupan sekarang,,perangai ibu bapa sedikit sebanyak mencorak kehidupan anak2.. Sudah menjadi lumrah bayi yang kecil itu bagaikan kain putih yang suci lagi murni untuk dicorakkan oleh kedua ibu bapanya sama ada untuk menghasilkan corak yang cantik, warna-warni dan indah dipandang ataupun corak yang hitam dan dicemuh oleh masyarakat. Benarlah sebagaimana yang sudah tercatat dalam sabda baginda Muhammad s.a.w : "anak itu ibarat kain putih, maka ibu bapalah yang akan mencorakkannya sebagai yahudi, nasrani ataupun majusi".

Kalau difikirkan balik, dengan usia yang muda tak perlu lah kalut nak fikir pasal jodoh, persiapan diri dan yang berkaitan tapi sebenarnya pemikiran tersebut salah. Sepatutnya dari sekarang (usia remaja), sudah mula memikirkan tentang persiapan diri sebelum menggalas tugas sebagai seorang isteri mahupun seorang ibu. :) Jadi, jom sama2 kita buat checklist balik..apa yang perlu kita ubah, kita ubah.. dan apa yang baik kita upgrade kan untuk jadi lebih baik..

Di akhir kalam ini..saya tinggalkan 1 nota buat semua pembaca :)

* Duhai sahabat.. jangan risau akan jodohmu,,kerana pasangan yang bijaksana takkan terpaut hanya pada keindahan fizikal,..telah tercatat jodohmu di Luh Mahfuz..hanya tinggal peribadinya sahaja yang ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu..Jika kau tetap di atas jalan yang diredhai,, insyaAllah si dia turut di jalan yang sama.. :)

* Jadi..jom siapkan kualiti diri bermula dari sekarang..

Saturday 17 August 2013

~ Si Bidadari Besi ~

*Bismillah,,

Tahukah kalian gelaran "Si Bidadari Besi" ini ditujukan kepada siapa? Kenalkah kita dengan sahabiah yang hebat ini ?? Jom sama2 kita soroti kisah beliau..

Kelihatan Kelibat seseorang yang berpakaian hitam berbekalkan serban hijau dan menggunakan skaf sebagai topeng di muka terus meluncur laju ke arah musuh, bertempur dengan handal dan cermat mempamerkan kehandalannya berkuda dan bertempur dengan tombak.

Beliau meluncur laju ke arah barisan musuh, membunuh seorang demi seorang dengan menggunakan tombaknya, lalu meluncur pula ke arah barisan musuh di bahagian lainnya pula lalu mencederakan dan membunuh musuh yang lain. Pertempurannya secara solo melawan musuh-musuh tanpa rasa gentar walaupun bersendirian.

Siapakah gerangan pejuang ini? Dialah pejuang wanita islam yang begitu berani di medan perang,,siapa sangka seorang wanita tangkas bertempur dan berkuda…dialah KHAULAH AL-AZWAR iaitu bidadari besi...

Alkisahnya,,,Khaulah Al-Azwar merupakan seorang wanita yang hidup di zaman rasulullah saw. Beliau adik kepada Dhirar yang juga mempunyai kehandalan di medan perang yang sememangnya tidak asing lagi bagi pencinta sirah Islam. Skil dan teknik bertempur di medan perang turut diwariskan kepada Khaulah oleh ayahnya Al-Azwar. Khaulah akhirnya menjadi seorang wanita yang mahir bermain pedang dan berkuda.Khaulah memiliki kekuatan jiwa dan fizikal yang kuat.

Susuk tubuhnya tinggi lampai dan tegap. Sejak kecil beliau sudah pandai bermain pedang dan tombak. Rasulullah s.a.w. telah membenarkan Khaulah menyertai angkatan peperangan muslimin bersama-sama mujahidah yang lain.Jika diteliti sirah bidadari besi ini, boleh dikatakan beliau ialah pahlawan wanita yang paling handal dalam sejarah Islam.

Dalam perang Yarmuk, perang utama yang menjadi medan kepada pembukaan kota Syam, beliau menjadi salah seorang yang menonjol dan memimpin kaum wanita yang turut serta terlibat Bahkan, beliau turut mengalami kecederaan di kepala dalam peperangan yang sangat bersejarah itu.

Namun, kisah kehandalannya bertempur yang paling masyhur adalah dalam satu operasi tentera Muslimin untuk menyelamatkan saudara lelakinya iaitu Dhirar yang telah ditawan tentera Rom sewaktu satu peperangan di sekitar Damascus. Lantas, Khaulah telah turut serta dalam operasi tersebut. Raafe bin Umaira, panglima skuad sebelum ketibaan Khalid mengungkapkan ketakjubannya tentang Khaulah yang ketika itu belum mengetahui bahawa beliau adalah Khaulah kerana ketika itu beliau bertopeng, ”Beliau berlawan seperti Khalid, namun jelas beliau bukan Khalid”.

Kagum terhadap pemandangan yang menakjubkan tersebut, pasukan Muslimin masih belum dapat melihat siapa gerangan pejuang itu, kecuali bahwa dia adalah postur seorang anak muda dan sepasang mata yang tajam bercahaya di atas kudanya. Sang pejuang nampaknya seperti mahu membunuh diri kerana dengan pakaian dan tombak yang berlumuran darah dia kembali menyerang tentera Romawi.

Keberanian sang pejuang memberikan semangat baru bagi kelompok Rafi yang semuanya hampir kalah sebelum kedatangan pasukan Khalid bin al-Walid, semangat yang ditunjukkan Khaulah membuatkan mereka terus terlupa akan kepenatan yang ada dan terus menyerbu ke arah medan perang dengan semangat juang yang tinggi.

Penunggang berani mati itu terus diikuti oleh pejuang yang lain lalu meneruskan pertempuran dengan tentera Romawi ketika seluruh pasukan kaum Muslimin menyerbu.

Lalu Khalid mendekati sang penunggang kuda itu lalu bertanya, “ Wahai pejuang, tunjukkanlah wajahmu!” Sepasang mata hitam berkilat menatap Khalid sebelum berbalik dan kembali menyerang tentara Romawi.

Kemudian beberapa orang tentera Khalid menyusulnya dan berkata kepadanya. “ Wahai pejuang yang mulia, ketuamu telah memanggilmu dan engkau telah pergi darinya! Tunjukkan kepada kami wajahmu dan sebutkan namamu agar engkau dapat dihormat selayaknya.” Sang penunggang kuda kembali pergi seolah dengan sengaja merahasiakan identitinya.

Ketika sang penunggang kuda kembali dari serangannya, dia berlalu di sisi Khalid, yang menyuruhnya dengan tegas untuk berhenti. Dia menarik kudanya berhenti, Khalid bertanya : “ Engkau telah berbuat banyak pekara yang memenuhi hati kami dengan kekaguman. Siapakah kamu ?”

Khalid hampir terjatuh dari kudanya ketika dia mendengarkan jawapan dari penunggang kuda yang bertopeng, kerana yang didengarnya adalah suara seorang gadis. “ Wahai ketua, bukannya aku enggan menjawap pertanyaan kamu, hanya kerana aku merasa malu, sebab kamu seorang pemimpin yang agung, sedangkan aku hanyalah gadis pingitan.

Sesungguhnya tiada lain yang mendorongku untuk melakukan hal seperti itu melainkan karena hatiku terbakar dan aku sangat sedih.

Khalid kagum dengan Al-Azwar, yang menjadi ayah kepada pejuang yang berani, baik lelaki mahupun perempuan. “ Kalau begitu bergabunglah bersama kami” ucap Khalid. Kesedihan dan kemarahan tentang berita tertawannya saudara lelaki yang amat dikasihinya iaitu Dhirar bin al-Azwar lantas membuatnya tampil ke medan perang sebagai pejuang, dan tidak lagi berada di barisan belakang sebagai merawati tentera yang terluka dan mengurus perbekalan sebagaimana yang dilakukan sebelumnya bersama para wanita yang ikut dalam peperangan.

Inilah kisah Khaulah binti Al-Azwar, seorang wanita yang sangat berani, yang membuat pasukan Muslimin kagum dengan kepantasannya menyerang tentera Romawi. Mampukah kita sebagai wanita islam menjadi sepertinya? Mampukah kita sebagai ayah atau abang mendidik anak dan sedara perempuan kita menjadi sepertinya?

Siapa kata wanita itu lemah..sirah telah membuktikan bahawa wanita bukanlah insan yang lemah..tangan-tangan wanitalah yang akan menggoncang dunia..Bidadari besi ini wajar dijadikan contoh dalam kehidupan kita..

--> Beliau merupakan tokoh wanita islam yang paling saya kagumi dan juga saya jadikan dia sebagai role model dalam kehidupan saya...kerana ketangkasan, keberanian dan keazaman beliau menjadi penguat semangat bagi diri saya untuk terus maju ke hadapan..

Sunday 11 August 2013

:: Aku adalah AKU ::

Bismillah,,

*Assalamualaikum,,

Aku adalah Aku..
yang mencari sedikit ruang untuk mengubah diri..
mencari peluang untuk mendekati Tuhan..
yang sentiasa dihimpit dengan rasa bersalah..
diri yang penuh dengan dosa-dosa..

Aku takut,, jika aku tidak sempat untuk mendapat kan peluang itu..
Lagi takut,, jika aku tiada peluang untuk merubah diri..
Aku adalah aku.. yang senantiasa membuat kesalahan..

:: Moga Aku diberi peluang dan ruang untuk MENGUBAH DIRI YANG DHOIF INI ::


Monday 29 July 2013

:: Taklifat ::

* Bismillah...

( Oktober 2009 )

Saat mendengar pengkhabaran itu,, tetiba muncul perasaan sebak menyelubungi diri.. Hadirnya itu tanpa dipinta,, Di saat keputusan itu diumumkan, air mata laju keluar tanpa sempat ditepis...
Jatuhnya bukan kerana gembira akan tetapi,, telah tertimpa sebuah "Batu" berupa "Amanah" ke atas diri yang kerdil ini.. Di kala itu, diri ini kaku mendengar pengumuman tersebut,,terasa teramat-amat berat taklifat yang diberi.. hanya mampu menangis untuk mencari secebis kekuatan di saat menerima pengkhabaran ini..

Kekadang hati bermonolog sendirian... "kenapakah aku??",, "mampukah aku??",, "layakkah aku untuk berada di tampuk ini??".. kala menyedari masih ramai lagi yang lebih layak dan hebat berbanding diri ini yang ketandusan ilmu serta kemahiran...Allahurobbi...

Jauh di sudut hati kecil ini,, berbagai perasaan yang muncul.. takut, bimbang & resah sentiasa berlegar-legar di kotak fikiran dan jiwa ini.. Apabila bertukarnya status dari "Pemimpin Diri" kepada "Pemimpin Sohabi" maka kedudukan dan tempat kembali berubah.. Berbagai tasyji' yang dikongsi dari sahabat2,, dan juga bonda penasihat.. (Ustazah Halimah) diantara pesan beliau "Jalankan amanah ini dengan sebaik yang mungkin,, ingatlah kedudukan seorang pimpinan itu di akhirat kelak ialah di jurang neraka..maka jika baik panduannya kepada mad'u maka terselamatlah..jika buruk panduannya..maka jatuhlah ia ke dalam api neraka.."wa i'azubillah min zalik.. kalau dulu semuanya bergantung pada diri dan boleh buat sesuka hati tanpa perlu berfikir dua tiga kali.. kini lain caranya.. semuanya mesti lagi LEBIH fikir baik buruknya.. kerana semuanya akan memberi kesan pada yang dipimpin..

Namun,, diakui.. ini semua perancangan Allah.. diri ini harus redha dan pasrah.. Ya Allah,, berdosanya aku kerna telah bersangka buruk padaMu.. ku pasti perancangan ini mempunyai beribu hikmah.. kemungkinan melalui amanah ini terdapat cabang-cabang kerja islam yang mesti dilaksanakan sebelum menerima tugasan yang lebih berat untuk dipikul.. cuba juga untuk menguatkan diri menerima taklifat ini..cuba memberi bagi yang mengharap,, cuba menerima bagi yang memberi kepercayaan... Amanah ini harus disambut sebagai taklifat BUKAN tashrifan..

Sentiasa menerima penguat semangat dari sahabat-sahabat.. penguat jiwa melalui ayat-ayatNya.. Memberi taujihad di kala jatuh.. Menguatkan di kala lemah..


*Moga segala yang telah dijalankan beroleh ganjaran pahala di sisi Rabbul Izzah.. InsyaAllah...



Sunday 28 July 2013

~ Hilangnya satu tempat berpaut,, ~


*Bismillah,,,

[ 8 tahun yang lepas ]

"kak long kena jadi anak yang baik, kena banyak tolong ibu, kena jadi contoh untuk adik2,, solat jangan tinggal...jadi anak yang SOLEHAH" masih terngiang2 kata2 ini di benak fikiran.. satu pesanan yang masih setia tersemat di dalam hati ini..

Allahu,, sungguh rindu ingin menatap wajah seorang lelaki yang sudah banyak berkorban untuk keluarga ini, seorang lelaki yang tidak jemu-jemu menuturkan kata nasihat, yang banyak mengajar diri ini sendiri supaya cepat berdikari... itulah hero ku,, dipanggilnya lelaki ini dengan gelaran "BABAH"...

Tahun ini genap 8 tahun arwah babah meninggalkan kami sekeluarga,, masih terasa kesan disitu..
melihat manusia-manusia lain bergelak tawa dengan ayah masing-masing membuatkan diri ini terasa cukup-cukup cemburu.. Yup,, aku ingin juga merasai kasih sayang sebegitu dari seorang "AYAH"..

Tapi apakan daya,, takdir Allah telah merencanakan sesuatu buat diri ini... Aku yakin,, pasti segalanya ini berhikmah... Aku kena kuat ! yup.. kerna aku masih punyai seorang "IBU".. aku masih punyai adik-adik... tanggunjawab aku masih belum terlaksana dengan sebaiknya lagi...

Menjadi seorang yang kuat di hadapan,, perlu kekuatan yang padu dari DALAMAN.. Aku masih punyai Allah untuk aku berkongsi segala luka-luka ini,, yup.. aku masih ada tempat perkongsian...

--> Hilangnya satu tempat berpaut.. mengajar diri ini banyak benda.. mengajar diri ini menghargai orang di sekeliling...

* Sungguh, perancangan Allah itu HEBAT !!


Thursday 25 July 2013

:: SOLEHAH KAH AKU ?? ::


*Bismillah,,

~ SOLEHAH kah aku,, jika aku sibuk mencari cinta "Manusia" sedangkan cinta "Allah" belum aku genggami..

~ SOLEHAH kah aku,, jika aku sibuk merindui "Manusia" sedangkan rindu pada "Rasulullah" belum aku rasai sepenuh hati..

~ SOLEHAH kah aku jika aku sibuk mencari yang "Soleh",, sedangkan diri aku sendiri masih kurang sifat "Solehahnya"..

~ SOLEHAH kah aku jika aku sibuk mencari yang beriman,, sedangkan aku sendiri belum kuat "Imannya di dalam hati..

~ SOLEHAH kah aku jika aku utamakan "urusan Dunia",, sedangkan urusan "Akhirat" aku letak di belakang...

*Jom sama-sama buat checklist... ^^