~ Like this blog ~..

Followers

Monday 10 February 2014

-->> IKHLAS ITU MELEGAKAN <--

Bismillah..

Moga semuanya dalam jagaan Allah.. ;)

Putaran hidup,, kekadang ada saat dimana kita tidak perlu menoleh lagi ke belakang..Jangan dilihat lagi apa yang sudah ikhlas kita tinggalkan. Saya percaya, itu akan meringankan langkah, untuk menjemput sesuatu yang baru. Sesuatu yang lebih melegakan,,sesuatu yang membuat kita bersyukur, kerana menjemputnya dengan tangan atau hati yang sudah dikosongkan.

Sememangnya ikhlas itu tidak semudah bernafas. Kadang kita akan berdiam terlalu lama untuk menahan diri supaya tidak menoleh lagi ke belakang. Saat kita berhenti, kadang-kadang waktu tak ikut menemani. Waktu terus berjalan. Lalu timbul persoalan : harapan, di manakah ia? Tertinggal jauh di masa lalu atau berlari laju seiring waktu?


Untuk mengejar harapan, keputusan adalah di tangan sendiri. Sama ada mahu kekal berjalan mundur dan dihimpit kenangan, atau berlari kehadapan dan memanjat tembok yang memisahkan antara diri sendiri dengan masa depan.

Cuma sesuatu yang pasti, ikhlaslah. Kerana sungguh, ikhlas itu akan melegakan! ^_^