Bismillah,, Assalamualaikum..
Beberapa hari ini, rasa tertegur oleh beberapa kejadian. Menyedarkan diri bahawa dalam hidup ini perlu ada sesuatu yang perlu dilakukan..Memahami bakat dan meneliti kemampuan diri, itu sesuatu yang dituntut dalam islam sebenarnya. Bahkan, Rasulullah s.a.w sendiri memberi contoh kepada kita ketika baginda bermuamalah dengan sahabat-sahabat baginda mengikut bakat mereka.
Kerana ‘kekuatan’ saya pada "MENULIS", saya melihat dunia ini perlu dipenuhi dengan penulisan yang baik..
Penulisan yang mampu mendidik sebuah masyarakat…Penulisan yang mampu menyalurkan ruh ketenangan dan kedamaian untuk sahabat lain…Penulisan yang bercerita tentang kisah-kisah inspirasi di tempat kita untuk menjentik semangat sahabat lain…Penulisan yang bercerita mengenai ibrah dari pengalaman kita yang tidak mampu dialami oleh orang lain…Penulisan yang terhasil dari sebuah idea dan realiti berpandukan wahyu Allah..
Mungkin, ramai orang mencemuh atau tidak endahkan penulisan kita. tetapi, ketahuilah ada hati-hati yang Allah pilih untuk menelan lumat-lumat penulisan itu. Ada hati-hati yang sedang ternanti-nanti tulisan bernas penuh muhasabah dari tulisan kita..
Bukan hanya penulisan.Begitu juga bicara tenang penuh hikmah dari seorang ‘kita’. Begitu juga video hebat dari bakat seorang manusia ikhlas.. begitu juga semua kerja-kerja yang mampu kita lakukan. Teruskan semua itu sebagai seorang "MUKMIN MUKHLIS.."
Dan ‘silent reader’ kita sedang mengamalkan dan mendoakan kita untuk keikhlasan kita..
p/s: Saya cuma mengharapkan tulisan ini juga dibaca dengan hati yang ikhlas. Biar ada manfaat kekal untuk kita semua…
# Struggling + writing #
12:45pm
Mu'tah, Jordan

akak sedih,saya pernah merasainya
ReplyDelete