~ Like this blog ~..

Followers

Sunday 22 June 2014

To Let & To Forgive ~~


........................................


Andai hidup ini adalah kembara, maka jatuh-bangun lewatnya adalah perkara biasa...Pedih jua, lantaran malu yang tercalar,, serta tangan dan kaki yang terluka...


Namun kekadang, teringat peristiwa terjatuh kecil-kecil dahulu, baik jatuh basikal mahupun katil atau tangga 'tergelak dan tersenyum sendirian dibuatnya'...

Maknanya, tempat yang jatuh itupun dikenang-kenang. Dalam malu dan sakitnya, ada juga yang 'manis' rupanya.

Justeru, tak harus takut untuk berjalan dan berlari. Yang pahit-pahit, diterima sebagai pengajaran yang membentuk diri kita hari ini...Yang pahit-pahit itu tak usah dilupakan pun tak mengapa. Kerana, usaha melupa, hakikatnya hanya membuatkan kita kian teringat...

Usaha untuk melupakan kisah-kisah pahit di belakang, hanya menambah dalam luka yang separa sembuh itu. Tapi, jika ia 'diterima' dan diredhai, jadilah ia parut yang membentuk rupa dewasa kita hari ini. Rupa matang lewat jatuh-bangun dalam kelana kehidupan...


Mentari menyinar, usai malam nan gelita...Alam tenang, usai ribut badai menggila...Selepas bersusah, insyaAllah pasti terbuka jalan mudah ;)

.......................................................

Saturday 10 May 2014

~ Taujihat dari Insan tersayang ~ ..


~ Terkadang apa yang tersimpan lama akan hilang dan gantiannya adalah airmata.

..................

Tergerak hati menelefon ibu dari kejauhan. Dengan harapan,,ibu ada di talian...
06 mei 2014..
09.30 malam waktu Malaysia..
4.30 petang waktu Jordan...

.................................

"Assalamualaikum ibu,ni kak long.."

Berselang seli dengan bicara pada diri...bertahan..jangan menangis didepan ibu.. dia tak kuat untuk mendengar...

"Waalaikumussalam. Eh anak ibu.. Kak long sihat? bljar mcm mana, ok?"

"Ok, ibu.. bljar pun ok.. ibu sihat?"

"Alhamdulillah, ibu sihat.."

Seketika menunggu..masih lagi bertahan..dada terasa berombak..ingin pecah..suara bertukar..

"Kak long, ok ke ni?"

Soalan ibu sentiasa tepat.

"Hm,ok..tapi..”

"Tapi?"

"Ibu..nasihatkan kak long."

"Nasihat? Hm...Kak long belajarlah elok2..jangan fikir benda lain.. duduk kat sana tu kena kuat.. p'gantungan pada DIA tu kena betul2 kuat.."

"Ibu…"

Kali ini benar benar tak tertahan..takung airmata pecah sudah..'diri ini' menangis..saat2 macam ni 'diri ini' mmerlukan ibu..

Ibu diam,memberi masa untuk diri ini menyambung kata kata...

"Ibu, kak long rasa macam sorang2.. Kadang2, bila kak long ada masalah, kak long tak tahu dekat siapa nak luah... Iya,memang ada kawan2... Tapi kak long tak nak bebankan mereka dengan masalah kak long..Kak long rasa sorang2...bu..”

"Kak long, memang betul tu. Jangan bebankan orang lain dengan masalah kita... tapi, kita punya Allah, bukan? luah dekat Allah...Allah itu sempurnaNya pada sifat Maha Mendengar dan Maha Mengetahui...percaya,Dia ada.”

Kali ini memang airmata gugur laju..lama ibu tunggu diri ini untuk tenang semula..

"Kak long, Allah itu ada. Cuma kita rasa tahu tidak, itu bergantung kepada kita..sebab tu kak long, kita kena belajar kenal diri kita. Bila kita kenal diri, kita akan kenal Allah..kenal diri itu hamba Allah.”

Diri ini terdiam...

"Tiap kali k.long rasa sedih, xkuat cuba istighfar, zikir, solat2 sunat, dekatkan diri pada DIA.. insyaAllah DIA pasti bantu"

"Terima kasih, bu.."

Ibu masih mampu mengagak ada lagi hal dan suara yang tersekat...

"Kak long kena ingat, perjuangan kita takkan pernah mudah. Perjalanan kita Allah takkan sediakan dengan senang. Allah letakkan ujian untuk kita kembali padaNya."

"Hm, ibu... Kita selalu cakap yang kita tak nak cinta dunia. Tapi bila Allah tarik nikmat duniawi dari kita, kenapa kita mudah mengeluh, bu? hati ini masih tebal dengan cinta dunia.”

"Sebab tu, kak long kena belajar kenal diri. Kenal diri bahawa kita tidak punya apa apa. Semuanya datang dari Allah...kita juga datang dari Allah...turuti Nabi, kak long.. dan kita takkan sesat...sebijak manusia itu yang mengingati mati...bukan dunia.. dan sebaik manusia yang paling baik akhlaknya.. dan akhlak serta contoh terbaik itu Nabi Saw..ikuti sunnah Nabi, didik hati untuk cintakan Rasul dan ahli keluarga serta sahabat baginda dan kita akan lupa dunia insyaAllah”

"Kak long, kena yakin betul2 pada Tuhan, letak pergantungan yang tinggi pada DIA..kalau rasa xkuat tu hadir, terus istighfar, zikir ingat Allah banyak2..." ibu terus mengulang nasihatnya itu berulang kali tanpa jemu..

"Ibu..terima kasih."

Jawabku sepatah. Terasa sedikit kuat. Baru sedar,rupa rupanya diri ini rindukan taujihat dari ibu..Rindu kalam ibu..rindu wasilah yang Allah berikan buat diri yang alpa ini...

Ibu...

"Kak long, kak long kena kuat ya? Ibu yakin, k.long kuat.. ingat satu perkara je, kita dicipta untuk kenal Allah... kita datang dari Dia..takkan tak nak lihat wajahNya suatu hari nanti?"

"Nak..."

"Kalau hati kita cinta dunia,mustahil untuk kita jumpa Dia."

"Iya."

Dan kami menghabiskan sisa sisa perbualan kami.

'Dah lama diri ini rindukan taujihat dari ibu..'
..

[128] Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu dan dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.

[129] Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar.

At Taubah...
..

'Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar. '

:D

Mu'tah, Jordan..

Friday 18 April 2014

Amanah I.L.M.U ~

 
Bismillah...

~ Sudah lama tidak mencoret di ruangan ini. Mahu menulis,,tapi saat dipetik papan kekunci, selalu sahaja mati. Kebuntuan idea..tak terdaya menyambung,,hanya mampu membaca entri-entri lama yang banyak menggamit memori...
.........................................................................................................

 .T.A.H.U.N. D.U.A.

Ya.. pejam celik..pejam celik kini 'diri ini' sudah berada di tahun 2.. Subhanallah! Sekejap sungguh masa telah berlalu. Insyaallah masih berbaki 5 semester lagi sebelum terjun ke medan amal yang sebenar...Mohon doanya dari kalian semua...

Namun, sedar tak sedar umur juga telah meningkat dengan banyaknya. Adakah amal telah meningkat seiring dengan bilangan angka yang saban waktu makin bertambah?

Ya Allah, jadikanlah penghujung kehidupan ini 'HUSNUL KHATIMAH'...Amiin..
......................................................................................................

Imtihan awal yang sudah berlalu sedikit sebanyak memberi kerehatan. Namun tidaklah terlalu kosong kerna masih banyak taklifat yang masih tidak diselesaikan. Sebelum kesemputan dengan angin musim imtihan thani yang sudah melambai-lambai tiba.

Kadang terfikir.. sepanjang semester lepas dan juga fasal ini banyak mana dah ilmu yang mampu 'diri ini' hadam..yang mampu ditatbitkan dalam kehidupan ataupun belajar sekadar teori dan juga sekadar memenuhi kewajipan sebagai seorang pelajar...

Kesal menyelubungi...Pedih menggigit...Allahuakbar...Adakah jangkaan dan keyakinan ini sudah pudar ?

~ Bisu..tak mampu diterjemah dengan kata-kata...~
.....................................................................................................................

Hinggalah satu saat, DIA hadirkan peringatan pada 'diri ini'...

Barangkali inilah wasilah yang mengembalikan 'diri ini' ke alam normal. Berbicara soal rasa, amanah dan tanggungjawab. Mengapa berada di sini, kembali mengimbau semula apa rasa, apa cita, apa harapan tatkala dibulatkan tekad untuk menjejakkan kaki ke tanah syam ini.

Lantas, keadaan itu membuat 'diri ini' terfikir... ?????????

Adakah, selama ini cita-cita itu, harapan itu, rasa itu sudah hilang dibawa angin bayu atau masih wujudkah  saki-bakinya?

~ ~ Ia terbawa terus ke dalam diri. Meresap hingga ke dalam..
..........................................................................................................................

Saat bertungkus lumus belajar, apa hadaf yang sebenar?

Saat jerih menjawab soalan imtihan, apa yang 'diri ini' inginkan? Adakah sekadar untuk mendapat markah yang tinggi?

Saat 'diri ini' memahami sesuatu,, banggakah tika itu kerna berjaya mengatasi yang lain?
Di manakah kepuasan dan kenikmatan menadah ilmu dari para muallim?
 
Cukupkah jika mampu mencapai muaddal yang tinggi, sedang belajar dan terus memuntahkannya di nota exam..??

Allahurabbi.. satu per satu peringatan mula timbul, menyedari kekurangan pada 'diri ini' sebenarnya masih banyak lagi yang perlu diperbaiki..


termotivasi dengan ciptaanNya~
Alhamdulilah.. Terima Kasih ya Allah.

Kerna mengembalikan diri untuk terus menjadi hamba...Mengetuk, memberi sinar harapan dan ketenangan supaya langkah ini diteruskan...

Terima kasih ibu, keluarga, sahabat-sahabat, kerna menjadi sebahagian wasilah tarbiyah untuk 'diri ini'.. :')
....................................................................................................................

 * Bermain nota, mengerlip rasa, mencerna faham, moga tercanai ilmu bukan semata untuk mengadap kertas jawapan bahkan ada perlu keringat misi untuk ummah...

* Allah sebaik-baik tempat sandaran, walau apa jua langkah dan badai yang datang...

Saturday 29 March 2014

Kala DIA menjaga.. ~


Bismillah...

"Diri ini percaya yang diri ini mampu untuk melupakan semua kisah silam...

Yang terlalu pahit untuk disimpan,,yang terlalu sedih untuk ditangisi,,dan terlalu jahil untuk diakui..
Walaupun tersimpan di ruang paling dalam..walaupun kerapkali menerjah di ruang ingatan..
Segera diri ini berbisik.. bahawa diri ini perlu yakin dan percaya bahawa Allah pasti akan membantu..
Menyembuhkan secara perlahan-lahan..

Hingga tiada sedikit pun hati ini terkesan pada luka-luka semalam..hingga jiwa sedikit pun tidak tergugat pada kata-kata insan sekeliling..

Agar bibir mudah mengukir senyum :) .. agar hati lebih tenang.. dan jua agar jiwa ini mudah berpihak pada PENCIPTA...

 "Diri ini yakin begitu" InsyaAllah..






Kala Dia menjaga..
Segalanya penuh makna.
Semuanya serba hikmah.
Terima Kasih Tuhan.... :')

Tuesday 4 March 2014

Kadang-kadang..~

Bismillah,,

Kadang2..diri ini punya cita..
punya jua rasa jiwa..
rasa apa? jiwa bagaimana?
entah..terkadang sesat jua diri ini dalam pencarian..
dalam menuju cinta Tuhan, tidak semudah yang dibayangkan..

Kadang2..rasa itu 'diri ini' simpan..
cukup hanya diri ini, hati dan Tuhan yang tahu..
tertanya juga..
sampai bila diri ini akan bersedia bertemu ar-Rahman?...
andai yang dibawa hanya sedikit bekalan..

diterimakah selama ini amalan?atau diri ini hanya letih badan..kerana entah ke mana ikhlas dalam perasaan..di mana dunia?dalam hati atau dalam genggaman tangan..AllahuRabbi.....

throwback status fb setahun lalu..namun masih lagi kadang-kadang, rasa itu mendatang. :')

Monday 10 February 2014

-->> IKHLAS ITU MELEGAKAN <--

Bismillah..

Moga semuanya dalam jagaan Allah.. ;)

Putaran hidup,, kekadang ada saat dimana kita tidak perlu menoleh lagi ke belakang..Jangan dilihat lagi apa yang sudah ikhlas kita tinggalkan. Saya percaya, itu akan meringankan langkah, untuk menjemput sesuatu yang baru. Sesuatu yang lebih melegakan,,sesuatu yang membuat kita bersyukur, kerana menjemputnya dengan tangan atau hati yang sudah dikosongkan.

Sememangnya ikhlas itu tidak semudah bernafas. Kadang kita akan berdiam terlalu lama untuk menahan diri supaya tidak menoleh lagi ke belakang. Saat kita berhenti, kadang-kadang waktu tak ikut menemani. Waktu terus berjalan. Lalu timbul persoalan : harapan, di manakah ia? Tertinggal jauh di masa lalu atau berlari laju seiring waktu?


Untuk mengejar harapan, keputusan adalah di tangan sendiri. Sama ada mahu kekal berjalan mundur dan dihimpit kenangan, atau berlari kehadapan dan memanjat tembok yang memisahkan antara diri sendiri dengan masa depan.

Cuma sesuatu yang pasti, ikhlaslah. Kerana sungguh, ikhlas itu akan melegakan! ^_^

Monday 27 January 2014

KEKUATAN YANG DUA ~

Bismillah..

Bila perbuatan dan percakapan kita laju melangkaui kemampuan akal berfikir, sering sahaja kita terlanjur khilaf tanpa kita sedar. Waktu itu, baru kita mahu garu-garu kepala. Tidak sengaja. Menyesal..
 "Kenapa mesti aku cakap begitu?"
 "Kenapa aku buat macam itu tadi?"
 "Kenapa aku tidak fikir dahulu sebelum aku cakap?"
 "Kenapa aku buat tanpa aku fikir dahulu?"

Bila kita Allah uji dengan perbuatan atau percakapan lebih laju dari kemampuan akal berfikir, kita
sering sahaja tewas. Sukar punya kekuatan yang dua iaitu..


"Kekuatan meminta maaf - ketika kita bersalah."
"Kekuatan memberi maaf - ketika orang lain punya salah dengan kita."


Semoga, saat kita diuji dengan kita bersalah atau orang lain punya salah dengan kita, saat itu Allah pinjamkan kekuatan yang dua pada kita. Semoga, jiwa kita lapang, selapang-lapangnya untuk menghulurkan maaf. Semoga, jiwa kita kuat, sekuat-kuatnya untuk meminta maaf. Jangan pernah lupa untuk mohon doa pada Allah. Kita tidak pernah tahu bila kita akan diuji.


Sungguh dengan siapa pun kita ditemukan, Allah sedang mengajar kita untuk mengumpul kekuatan yang dua..

"MEMAAFKAN & MEMINTA MAAF"

2:46pm
Mu'tah, Jordan

Monday 20 January 2014

'AKU' hanya manusia biasa~

Bismillah... Assalamualaikum..

Merenung jauh ke luar jendela,,alhamdulillah,,kelihatan masjid berkubah biru,,megah berdiri tersergam indah,,sayu terasa.. :(
 
Aku..aku hanyalah manusia biasa,,manusia yang pada fitrahnya memang tidak terlepas daripada melakukan khilaf,,manusia yang padanya sarat dengan kelemahan dan kehinaan,,aku bukannya nabi yang sempurna,,Aku bukannya malaikat yang mampu beribadat kepada Allah tanpa sedikit calitan dosa..

Hidupku juga penuh noda-noda dosa seperti kamu,,hatiku juga boleh berbolak-balik seperti kamu,,imanku juga sama, ada turun dan naiknya,,al-quran yang dibaca,,solat yang didirikan,,rumah Allah yang dikunjungi,,buku yang ditelaah..
Bukannya untuk berlagak alim,,tetapi itu adalah sumpahku pada Allah ketika di alam roh suatu ketika dahulu,,sebelum aku dipindahkan ke alam rahim...

                                     
Allah bertanya,
"Bukankah aku ini TuhanMu" Lantas aku dan kamu menjawab,"Betul,kami bersaksi bahawa Engkaulah Tuhan kami"(Al-A’raf:172)
Lupakah kamu akan saat itu? harapanku hanyalah satu..tegurlah diri ini jika diri ini hanyut pada tuntutan nafsu dan syaitan..maafkanlah diri ini jika pernah melukakan hatimu,kerana dosaku padamu hanya kamu yang boleh memaafkannya..bukankah itu juga yang diharapkan kamu jika terbuat khilaf ? aku mohon..bantulah aku dalam musafir ini,,musafir mencari cinta Ilahi,
peganglah tanganku,kerana aku tak mahu tersungkur jatuh ke sumur dosa,,yang terkutuk lagi menyesatkan..Aku dan kamu sama-sama ada zaman gelap tersendiri,,pernah bergelap di sana suatu ketika dahulu,,tapi aku pasti,,aku dan kamu juga mempunyai matlamat yang sama,,berusaha mencari jalan mencapai cahaya di hujung jalan sana,,buat penyuluh dalam mengejar cinta Ilahi...

Friday 10 January 2014

Rindu kian menebal~

Bismillah..

~Semalam hati ini dikunjungi dengan satu perasaan "sendu"..satu perasaan yang mungkin tidak dapat digambarkan dengan topeng wajah ini,,perasaan halus itu menyelusur masuk ke lorong-lorong kecil ini mengambil ruang untuk bertamu di singgahsana ini..

Itulah yang dinamakan RINDU.. rindu pada seseorang yang jasadnya tidak akan ditemui lagi..rindu pada raut wajahnya yang senantiasa tampak tenang walau dalam apa jua keadaan..rindu pada lunak suaranya mengalunkan bacaan ayat-ayat suci al-quran,, pada nasihat, semangat, didikan dan tiap-tiap butir bicara yang keluar dari mulutnya.. Diri ini rindu pada yang tiada di bumi ini...

Sungguh, kehilangannya amat dirasai.. dahulu dialah tempat diri ini bermanja, dialah tempat berkongsi masalah.. dialah HERO bagi diri ini.. banyak benda yang dipelajari dari dirinya..darinya diri ini belajar untuk berdikari, darinya diri ini mengenal erti semangat dan darinya jua diri ini berusaha tanpa mengenal apa itu erti putus asa.. Dialah yang menjadi tulang belakang buat diri ini, pemangkin semangat tika jatuh, pendorong tika lemah.. Dan tatkala mendengar berita pemergiannya.. seakan-akan hidup ini menjadi gelap.. seakan-akan diri ini hilang dahan untuk berpaut.. dan seakan-akan semua yang terjadi itu hanyalah satu mimpi.. astaghfirullah !

Menerima takdir tersebut bukanlah satu perkara yang mudah..lagi-lagi bila berkait dengan insan yang tersayang dan rapat dengan kita..tapi Allah dah berfirman dalam kitabNya (Al-Imran :185).. Alhamdulillah, dengan nota ini membuatkan diri ini lebih tenang dalam menerima berita ini..~

Hari ini 10 Januari 2014.. hari kelahiran beliau.. apakan daya,, tiada ucapan, hadiah yang mampu diberikan.. hanya mampu mengirim doa dan ayat2 al-quran buat dirinya..bab pesan ibu "sentiasalah hadiahkan doa dan sedekahkan ayat-ayat al-quran buat dirinya disana"... InsyaAllah,, perkara itu akan sentiasa dilazimi..

 ~There are no perfect fathers. But a father will always love perfectly..Remember to care for those who care for you... sungguh ! diri ini terlalu rindu pada insan yang bernama "BABAH"

                               


                                                                  Babah...
                                              Antara hero yang paling dikagumi..
                                               yang paling unik pernah dikenali..
                                       amanahnya dilunaskan dengan baik sekali..
             hatinya semangat wajar dengan berkorban demi mencari sesuap nasi untuk kami sekeluarga..
                                                               ~Dialah heroku..!!
                                       **** SELAMAT HARI LAHIR BABAH..****

Saturday 4 January 2014

Memaknai PERTEMUAN & PERPISAHAN~

Bismillah..Assalamualaikum.. :)

Memulakan pena untuk 'post' bagi tahun 2014 ini dengan moment2 rindu sahabat seperjuangan tika di bangku MAAHAD DARUL QURAN dahulu.. Laman minda ini diterjah dengan pelbagai cerita suka mahupun duka yang telah dikongsi dan diwarnai dengan insan-insan tersayang..

                                

Di dalam hidup ini..banyak orang yang telah datang dan pergi..Allah temukan kita dengan orang-orang yang DIA telah catatkan di Luh MahfuzNya,,

Ada yang melintas dalam segmen yang singkat namun membekas keras di jiwa..
Ada juga yang telah lama berjalan beiringan akan tetapi tidak disedari kehadirannya..
Ada pula yang begitu jauh di mata sedangkan penampakannya melekat di hati..
Dan ada juga yang datang dan pergi begitu sahaja seolah-olah tak pernah ada...

Semua orang yang pernah singgah di dalam hidup kita ini bagaikan kepingan puzzle, yang saling melengkapi antara satu sama lain dan membentuk sebuah gambaran kehidupan.. Maka sudah fitrah, bila wujudnya pertemuan tidak dapat tidak perpisahan pasti menemui kita..

                                

Di mana ada awal,,pasti ada akhir.. Akhir sebuah perjalanan..ia akan menjadi awal bagi perjalanan lainnya.. Sebuah perpisahan, ia akan menjadi awal pertemuan dengan sesuatu yang baru..

Teman... ada saat dimana kita bersama.. dan di satu sisi ada saat kita bersendirian.. Pertemuan ini begitu mengesankan diri ini..dan perpisahan yangterjadi begitu menyedihkan.. Tapi ! hidup ini harus diteruskan.. diri ini harus tetap bergerak dan meraih masa depan..

Sahabat.. bertemu dengan kalian adalah TAKDIR.. menjadi teman seperjuangan kalian adalah PILIHAN.. bersahabat dengan kalian adalah sebuah PELUANG.. & menjadi saudara kalian adalah sebuah KEBAHAGIAAN..

Ya Rabb.. terima kasih atas peluang ini..

                                      

Sungguh,,perpisahan ini mengajar diri ini bahawa tidak ada hubungan yang kekal di dunia ini.. semua yang bersama saat ini pasti suatu saat kelak akan meninggalkan kita..

"Bertemunya kita kerana Allah..maka berpisahnya kita jua kerana Allah.. Ini kerana, Dia telah menyelitkan sebuah perasaan cinta di antara hati-hati kita sehingga tersemai sebuah rasa persaudaraan dan saling berkasih-sayang kerana Allah.."
                                    

~Di laman ini kita mula ditakdirkan bertemu..& di laman ini jua yang memisahkan jasad-jasad kita.. moga2 tautan ribat 'hati' kita terus utuh walaupun terpisah beribu batu..~

*Rindu semua yang terukir di sini :')

Bintu Alias
12:13pm
Mu'tah, Jordan