* Bismillah,,
09 September 2013,, hadirnya diri ini ke dunia sebagai puteri sulong di dalam keluarga.. Dan hari ini,, sedar tak sedar umur sudah mengijak ke angka 20 tahun.. Penat berjalan menongkah arus..menginjak fasa demi fasa..ada yang manis,ada juga yang pahit...namun ketahuilah itulah rencah dunia..Jika tiada yang pahit,,takkan dirasai realitinya dunia ini..
20tahun..Diri ini belajar untuk menjadi seorang hamba yang patuh pada arahan Tuannya...belajar menjadi anak yang solehah..belajar apa itu erti persahabatan..dari semua ini pelbagai perkara telah Allah tunjukkan sebagai bekalan supaya diri ini mampu melangkah untuk hari-hari yang mendatang kelak..
“selamat hari lahir anak ibu”..“sanah helwah”..“selamat hari lahir kak siti”..
Pelbagai ucapan dan doa diterima..sungguh diri ini menghargai doa dan ucapan dari insan2 yang disayangi..namun tidak kira birthday ataupun tidak..serta cukup umur atau tidak..kerana tanpa aspek itu pun usia ini akan terus meningkat di samping kematian yang semakin mendekat...20 tahun membesar dalam tarbiyyah Islam mendidik diri ini untuk meletakkan pergantungan yang tinggi pd Tuhan yang Mencipta..bukan bermaksud manusia itu tidak berperikemanusiaan..tapi manusia itu sifatnya tidak kekal...
"apa hadiah special yang pernah awak dapat?" tersenyum spontan menerima soalan ini...lantas tiada lain yang diungkapkan selain dari..“nikmat Iman dan Islam serta keluarga yang setia di sisi,sahabat yang sentiasa menemani dan juga bakal suami yang akan menghiasi sepi..”..Itulah anugerah terindah yang tiada gantinya... :)
"salam kelahiran menuju kematian wahai srikandi"-menerima nota daripada hamba Allah..Walau ucapannya cukup ringkas..tetapi ia cukup memberi impak pada diri ini tatkala menerimanya...Menunggu hadiah yang bermacam2 sehingga terlupa peningkatan usia ini adalah peringatan dari Rabb untuk lebih peka bukannya leka...Astaghfirullah~
Setiap tahun pasti berbeza lokasi menyambut hari ulangtahun kelahiran...Persamaanya adalah akan menyambutnya secara berseorangan tanpa keluarga di sisi kerana faktor jihad ilmu...Tapi itu bukan penyebab untuk kasih sayang itu semakin tawar..Malah membuahkan rindu yg membuak2 di antara kami...Berbulan2 tidak bersua atas sebab mengejar cita2...Rindu mula berputik kala semuanya dengan haluan dan misi tertentu...Nikmatnya berkeluarga atas nama Allah~demi Allah,diri ini tidak sanggup untuk kehilangan nikmat terindah ini...moga keluarga ini kekal hingga ke syurga... Amiin..
*Akhir kata..terima kasih atas ucapan dan doa sahabat2 sekalian...Yang tidak memberinya secara tersurat..cukuplah mendoakan dalam diam...Moga usia ini bercambah dalam lingkungan redha Ilahi...20 tahun,usia itu tidak SEMUDA yang disangka~
~Secebis nOta buat peringatan bersama... ^^
"Aku hanya insan biasa yang ingin melangkah sebagai hambaNya yang luar biasa..biar tenggelam timbul dalam arus dunia..aku tetap dengan matlamat hidup yang tidak pernah berubah..biar ditinggalkan dengan sahabat yang aku percaya tanpa sebab..biar dihentam beribu cacian manusia yang tidak mengenal erti bersalah..itu tidak akan pernah membuka jalan untuk aku u-turn membelakangi agama..futur itu pastinya lumrah tapi jangan biar rasa itu terkubur dalam diri kerana sifat tersebut boleh membinasakan jika tidak bijak dalam menanganinya.."
sanah helwah akk comel :) may Allah ease ur journey and bless ur life
ReplyDeleteAssalamualaikum, lupa nak ucap. hehe.
ReplyDeleteSelamat berhari-tua si gadis 20. Moga usiamu dilimpahi dengan amal-jariah yg berpanjangan disamping mendapat keredhoaan Ilahi, ameen.
" Jadikanlah usiamu hari ini sebagai wadah mengisi tabung-tabung emas bagi menjana keuntungan di sana "