~ Like this blog ~..

Followers

Wednesday 21 October 2015

~ Roda Kehidupan : Kadang di atas,,kadang di bawah..

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

*********************************************

Memerhatikan kanak-kanak yang kemungkinan berusia sekitar 2-5 tahun menjual 'chewing gum' di pekan Mu'tah dan juga di bab syimali universiti, suara hati kecil berkata "adakah mereka ini diculik dan diupah untuk bekerja" ataupun "keadaan ekonomi keluarga mereka yang memaksa untuk mereka mencari wang sara hidup".

Sungguh,, hati mana yang tidak tersentuh melihat keadaan mereka.. sepatutnya pada usia begitu, mereka mendapat pendidikan di sekolah mahupun di rumah dengan keluarga.. bukan di jalanan mencari wang untuk menyara kehidupan.. Mungkin, di hati mereka terdetik rasa cemburu melihat rakan-rakan sebaya dengan usia mereka boleh bergembira belajar di sekolah..bermain dan merasai alam kanak-kanak tanpa memikirkan bagaimana untuk menyara kehidupan..

Teringin sekali untuk menolong,, tetapi dengan cara yang bagaimana??sedih..sayu saat berjalan melintasi mereka.. wajah yang sugul tiap kali melihat orang lalu-lalang tanpa membeli jualan mereka..

****************************************************


Allah!! berdosa kah aku..?

Diri yang masih lagi merasai kesenangan dan tidak perlu bersusah payah dengan cara demikian, masih lagi diberi peluang belajar, jauh pulak tu dari negara sendiri.. Ya! tak dinafikan,, ujian Allah bagi sesuai dengan keadaan masing2.. kala kita hidup dalam serba yang ada, pasti terselit ujian menimpa kita.. kasut kehidupan kita tak sama dengan orang lain, bahkan dengan orang terdekat kita sendiri pun ujian yang Allah bagi berlainan.. tapi bagaimana kita menghargai nikmat-nikmat yang Dia bagi.. termuhasabah seketika dengan kisah kanak-kanak tadi..

Betullah, kadang Allah bagi pelajaran kepada kita dengan melihat kehidupan orang lain.. banyak sebenarnya lagi kisah-kisah yang boleh buatkan kita tersedar yang sebenarnya kita ni menumpang saja di bumi ni..

Terima kasih Allah,, masih lagi sedarkan diri ini yang 'aku' ini hanyalah HAMBA..

Doa diutus semoga Engkau permudahkan urusan kanak-kanak tadi.. :'(


2.48pm
Okt2115
Bayt Ad-Din, Mu'tah Jordan

Friday 4 September 2015

Coretan istimewa B.U.F.D.A.Y ~~ G.I.R.L

 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

04 September 1994 --> 04 September 2015

Genap 21 tahun 'jasad' tersebut menjejakkan kaki di bumi ini, membesar menjadi anak solehah buat ma dan abahnya.. kakak yang setia membantu adik2nya.. penasihat dan cikgu motivasi untuk insan sekeliling ;)

Sanah helwah sis Kautsar.. besor dah ni... ^^

*Moga dengan penambahan umur ini seiring dengan peningkatan amal kebaikan.. menjadi penyebab untuk terus berbakti pada keluarga dan masyarakat.. moga terus istiqamah menyebarkan manfaat untuk insan sekeliling..

*****************

Terima kasih untuk 'amanah' persahabatan ini,, jadi penasihat tegar dalam masalah2 yang dihadapi,, jadi cikgu bm, bi kalau nak karang something..jadi chef masakan western ;).. dan paling2 takleh lupa,, sorokkan kucing bawah katil time k.ct balik rumah.. haha memori belaka dah tu.. nak undur balik susah dah..

****************

Untuk kali ni tak ada surprise gift nak bagi.. maaf hanya ucapan dan iringan doa mampu dihulurkan,, moga2 persahabatan ini dapat kekal hingga ke syurga..

Dulu minta nak ada story kisah kautsar kan dalam blog ini,, akhirnya terlaksana kan.. ^^ haha.. maaf lah tu lambat,, idea dan penulisan makin kurang dilatih,, jadi tak tahu dah nak mula camne.. tapi.. ni first post tau setelah lama menyepi dalam penulisan blog.. mohon terharu.. T..T haha..

k, lah.. undur diri dulu..

Selamat Hari Lahir,, sis 21..

Yang jauh dari Bayt Izzudin..
Bayt Addin, Mu'tah Jordan ;)

Thursday 5 March 2015

KEHILANGAN ~


12 Februari 2015..
Bayu malam sepi,
Sayu mengiringi,
Perginya seorang pejuang.
 
Usah lupa,
Di malam barakah,
Dia pulang, tenang bertemu Tuhan.

Diri masih termangu,
Entah mengapa resah,
Sedang tiada jauh antara kita,
Yang ada,
Hanya jarak.
 
Kau dan aku,
Mahu menyoroti sama,
Jalan juang sang murabbi yang telah ditinggalkan.
Kadang teraba,
Selak kembali lembaran wahyu,
Jua tinggalan agung baginda.
 
Sungguh,
Ia Bukan senang,
Namun tidak susah.
 
Di bawah naungan al-Kahfi,
Kembali dikoreksi,
Sudahkah rijal bertujuh itu,
Disemai titipanya dalam jiwa.

...........
 
Masih ada kisah,
Belum dicerna.
 
Ya Allah, teguhkan kaki kami melangkah,
Menyambung mata rantai,
Biar tak putus hingga Jannah..

Ingatlah, saat Umar hampir tidak mempercayai kepemergian Baginda, datang Abu Bakar menyatakan,
"Adapun selepas tahmid dan syukur maka ingin ku menyebut di sini, sesiapa di antara kamu yang menyembah Muhammad sesungguhnya Muhammad telah mati dan sesiapa yang menyembah Allah maka sesungguhnya Allah itu hidup dan tidak akan mati “.

Kemudian beliau membaca ayat Allah:
“Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul, sesungguhnya telah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (yakni murtad).
Maka sesiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikit pun, dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur”.
-AliImran : 144

Amat benarlah firman Tuhan.
Dan kematian itu benar-benar satu kepastian.
...............

* Dari Allah kita datang, kepadanya jua kita akan kembali.. Perginya seorang murabbi yang sukar dicari ganti..

Moga Roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang soleh..

Monday 2 February 2015

K.E.M.B.A.L.I ~


Bismillah..

Alhamdulillah,, sekian lama menyepi dari penulisan, dan juga genap 7 bulan ruang blog ini ditinggalkan tanpa khabar berita lantaran kekeringan idea yang entah ke mana menghilang..akhirnya diberi ruang dan masa untuk jari jemari ini memetik setiap butang keypad menulis apa yang terlintas di fikiran.

Teringat pesanan seorang mentor : " Penulisan ini kalau ditinggalkan, makin lama makin berkurang idea yang datang, sebab itu perlu mengasah penulisan dengan MEMBACA"

Ya, sejujurnya mengakui kebenaran kata-kata tersebut, tak mudah mencari idea saat kepala sarat dengan pelbagai perkara. Akan tetapi bila idea mencurah-curah datang, tidak pula hati tergerak untuk menulis..

..........................................................................

Di dalam kepala sarat dengan idea, namun bila mahu dicerna di layar tulisan hilang entah ke mana.. padah, lama tidak menulis..

Dan.. hanya mampu membaca entri-entri lama yang menggamit memori..

Tidak mudah pabila mahu mula kembali menulis saat berhenti terlalu lama,, Ya.. pelbagai pengalaman ingin ditulis, pelbagai cerita ingin dikongsi, dan bnyak lagi. semuanya datang bertalu-talu, tapi untuk mengolahkan di dalam
                                                                                    penulisan sangat sukar sekali.

Cemburu melihat sahabat-sahabat yang bergiat aktif dalam bidang penulisan, sana sini terus mencari peluang untuk mengasah bakat yang ada dalam diri.

Ya, dan dari rasa cemburu ini lah, diri ini rasa tercabar dan mahu memulakan kembali penulisan ini..
Dan perlu diingat hasil penulisan yang bermanfaat mampu memberikan satu kesan pada jasad-jasad yang membaca..

Teringat pula kata-kata Sayyid Qutb :
" Satu peluru hanya mampu menembusi satu kepala, tetapi satu tulisan mampu menembusi ribuan bahkan jutaan kepala "

Jadi hadirkan semangat untuk terus menulis, menulis, menulis dan yang pasti dahulukan MEMBACA.. kerna dari situ idea mula dicas!!

اقراء

Mohon doa  semua :)