~ Like this blog ~..

Followers

Friday 10 January 2014

Rindu kian menebal~

Bismillah..

~Semalam hati ini dikunjungi dengan satu perasaan "sendu"..satu perasaan yang mungkin tidak dapat digambarkan dengan topeng wajah ini,,perasaan halus itu menyelusur masuk ke lorong-lorong kecil ini mengambil ruang untuk bertamu di singgahsana ini..

Itulah yang dinamakan RINDU.. rindu pada seseorang yang jasadnya tidak akan ditemui lagi..rindu pada raut wajahnya yang senantiasa tampak tenang walau dalam apa jua keadaan..rindu pada lunak suaranya mengalunkan bacaan ayat-ayat suci al-quran,, pada nasihat, semangat, didikan dan tiap-tiap butir bicara yang keluar dari mulutnya.. Diri ini rindu pada yang tiada di bumi ini...

Sungguh, kehilangannya amat dirasai.. dahulu dialah tempat diri ini bermanja, dialah tempat berkongsi masalah.. dialah HERO bagi diri ini.. banyak benda yang dipelajari dari dirinya..darinya diri ini belajar untuk berdikari, darinya diri ini mengenal erti semangat dan darinya jua diri ini berusaha tanpa mengenal apa itu erti putus asa.. Dialah yang menjadi tulang belakang buat diri ini, pemangkin semangat tika jatuh, pendorong tika lemah.. Dan tatkala mendengar berita pemergiannya.. seakan-akan hidup ini menjadi gelap.. seakan-akan diri ini hilang dahan untuk berpaut.. dan seakan-akan semua yang terjadi itu hanyalah satu mimpi.. astaghfirullah !

Menerima takdir tersebut bukanlah satu perkara yang mudah..lagi-lagi bila berkait dengan insan yang tersayang dan rapat dengan kita..tapi Allah dah berfirman dalam kitabNya (Al-Imran :185).. Alhamdulillah, dengan nota ini membuatkan diri ini lebih tenang dalam menerima berita ini..~

Hari ini 10 Januari 2014.. hari kelahiran beliau.. apakan daya,, tiada ucapan, hadiah yang mampu diberikan.. hanya mampu mengirim doa dan ayat2 al-quran buat dirinya..bab pesan ibu "sentiasalah hadiahkan doa dan sedekahkan ayat-ayat al-quran buat dirinya disana"... InsyaAllah,, perkara itu akan sentiasa dilazimi..

 ~There are no perfect fathers. But a father will always love perfectly..Remember to care for those who care for you... sungguh ! diri ini terlalu rindu pada insan yang bernama "BABAH"

                               


                                                                  Babah...
                                              Antara hero yang paling dikagumi..
                                               yang paling unik pernah dikenali..
                                       amanahnya dilunaskan dengan baik sekali..
             hatinya semangat wajar dengan berkorban demi mencari sesuap nasi untuk kami sekeluarga..
                                                               ~Dialah heroku..!!
                                       **** SELAMAT HARI LAHIR BABAH..****

7 comments:

  1. Andai saja di blog ini ada fungsi " like " macam fesbukkk.. akanku ngelike berjuta kali... :'(

    ReplyDelete
  2. akak sedih,,semoga Allah tempatkannya bersama alim ulama

    ReplyDelete
  3. Shafuhan SMAB : :).. mohon doa

    aliah jamil : amiin2,,, i'allah.. terima kasih tu deq :)

    ReplyDelete
  4. Semoga tabah..
    Kehilangan memang sangat pahit..

    semoga rohnya dikalangan org yang beriman

    ReplyDelete
  5. *menghadapi satu kehilangan bukan satu perkara yang mudah..

    amiin2...i'allah terima kasih atas doanya :)

    ReplyDelete
  6. Rindu itu akan sentiasa hadir kerana ia adalah pengikatmu untuk sentiasa dekat bersamanya. :)
    Sambutlah rindu itu dengan munajat pada rabbmu..insya allah kita akn ketemu dengannya di syurga sana. amin.
    semoga terus kuat deq ;)

    ReplyDelete
  7. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman..

    semoga 'Jundi Islam' dan keluarga terus tabah.. :)

    ReplyDelete