~ Like this blog ~..

Followers

Monday, 27 January 2014

KEKUATAN YANG DUA ~

Bismillah..

Bila perbuatan dan percakapan kita laju melangkaui kemampuan akal berfikir, sering sahaja kita terlanjur khilaf tanpa kita sedar. Waktu itu, baru kita mahu garu-garu kepala. Tidak sengaja. Menyesal..
 "Kenapa mesti aku cakap begitu?"
 "Kenapa aku buat macam itu tadi?"
 "Kenapa aku tidak fikir dahulu sebelum aku cakap?"
 "Kenapa aku buat tanpa aku fikir dahulu?"

Bila kita Allah uji dengan perbuatan atau percakapan lebih laju dari kemampuan akal berfikir, kita
sering sahaja tewas. Sukar punya kekuatan yang dua iaitu..


"Kekuatan meminta maaf - ketika kita bersalah."
"Kekuatan memberi maaf - ketika orang lain punya salah dengan kita."


Semoga, saat kita diuji dengan kita bersalah atau orang lain punya salah dengan kita, saat itu Allah pinjamkan kekuatan yang dua pada kita. Semoga, jiwa kita lapang, selapang-lapangnya untuk menghulurkan maaf. Semoga, jiwa kita kuat, sekuat-kuatnya untuk meminta maaf. Jangan pernah lupa untuk mohon doa pada Allah. Kita tidak pernah tahu bila kita akan diuji.


Sungguh dengan siapa pun kita ditemukan, Allah sedang mengajar kita untuk mengumpul kekuatan yang dua..

"MEMAAFKAN & MEMINTA MAAF"

2:46pm
Mu'tah, Jordan

Monday, 20 January 2014

'AKU' hanya manusia biasa~

Bismillah... Assalamualaikum..

Merenung jauh ke luar jendela,,alhamdulillah,,kelihatan masjid berkubah biru,,megah berdiri tersergam indah,,sayu terasa.. :(
 
Aku..aku hanyalah manusia biasa,,manusia yang pada fitrahnya memang tidak terlepas daripada melakukan khilaf,,manusia yang padanya sarat dengan kelemahan dan kehinaan,,aku bukannya nabi yang sempurna,,Aku bukannya malaikat yang mampu beribadat kepada Allah tanpa sedikit calitan dosa..

Hidupku juga penuh noda-noda dosa seperti kamu,,hatiku juga boleh berbolak-balik seperti kamu,,imanku juga sama, ada turun dan naiknya,,al-quran yang dibaca,,solat yang didirikan,,rumah Allah yang dikunjungi,,buku yang ditelaah..
Bukannya untuk berlagak alim,,tetapi itu adalah sumpahku pada Allah ketika di alam roh suatu ketika dahulu,,sebelum aku dipindahkan ke alam rahim...

                                     
Allah bertanya,
"Bukankah aku ini TuhanMu" Lantas aku dan kamu menjawab,"Betul,kami bersaksi bahawa Engkaulah Tuhan kami"(Al-A’raf:172)
Lupakah kamu akan saat itu? harapanku hanyalah satu..tegurlah diri ini jika diri ini hanyut pada tuntutan nafsu dan syaitan..maafkanlah diri ini jika pernah melukakan hatimu,kerana dosaku padamu hanya kamu yang boleh memaafkannya..bukankah itu juga yang diharapkan kamu jika terbuat khilaf ? aku mohon..bantulah aku dalam musafir ini,,musafir mencari cinta Ilahi,
peganglah tanganku,kerana aku tak mahu tersungkur jatuh ke sumur dosa,,yang terkutuk lagi menyesatkan..Aku dan kamu sama-sama ada zaman gelap tersendiri,,pernah bergelap di sana suatu ketika dahulu,,tapi aku pasti,,aku dan kamu juga mempunyai matlamat yang sama,,berusaha mencari jalan mencapai cahaya di hujung jalan sana,,buat penyuluh dalam mengejar cinta Ilahi...

Friday, 10 January 2014

Rindu kian menebal~

Bismillah..

~Semalam hati ini dikunjungi dengan satu perasaan "sendu"..satu perasaan yang mungkin tidak dapat digambarkan dengan topeng wajah ini,,perasaan halus itu menyelusur masuk ke lorong-lorong kecil ini mengambil ruang untuk bertamu di singgahsana ini..

Itulah yang dinamakan RINDU.. rindu pada seseorang yang jasadnya tidak akan ditemui lagi..rindu pada raut wajahnya yang senantiasa tampak tenang walau dalam apa jua keadaan..rindu pada lunak suaranya mengalunkan bacaan ayat-ayat suci al-quran,, pada nasihat, semangat, didikan dan tiap-tiap butir bicara yang keluar dari mulutnya.. Diri ini rindu pada yang tiada di bumi ini...

Sungguh, kehilangannya amat dirasai.. dahulu dialah tempat diri ini bermanja, dialah tempat berkongsi masalah.. dialah HERO bagi diri ini.. banyak benda yang dipelajari dari dirinya..darinya diri ini belajar untuk berdikari, darinya diri ini mengenal erti semangat dan darinya jua diri ini berusaha tanpa mengenal apa itu erti putus asa.. Dialah yang menjadi tulang belakang buat diri ini, pemangkin semangat tika jatuh, pendorong tika lemah.. Dan tatkala mendengar berita pemergiannya.. seakan-akan hidup ini menjadi gelap.. seakan-akan diri ini hilang dahan untuk berpaut.. dan seakan-akan semua yang terjadi itu hanyalah satu mimpi.. astaghfirullah !

Menerima takdir tersebut bukanlah satu perkara yang mudah..lagi-lagi bila berkait dengan insan yang tersayang dan rapat dengan kita..tapi Allah dah berfirman dalam kitabNya (Al-Imran :185).. Alhamdulillah, dengan nota ini membuatkan diri ini lebih tenang dalam menerima berita ini..~

Hari ini 10 Januari 2014.. hari kelahiran beliau.. apakan daya,, tiada ucapan, hadiah yang mampu diberikan.. hanya mampu mengirim doa dan ayat2 al-quran buat dirinya..bab pesan ibu "sentiasalah hadiahkan doa dan sedekahkan ayat-ayat al-quran buat dirinya disana"... InsyaAllah,, perkara itu akan sentiasa dilazimi..

 ~There are no perfect fathers. But a father will always love perfectly..Remember to care for those who care for you... sungguh ! diri ini terlalu rindu pada insan yang bernama "BABAH"

                               


                                                                  Babah...
                                              Antara hero yang paling dikagumi..
                                               yang paling unik pernah dikenali..
                                       amanahnya dilunaskan dengan baik sekali..
             hatinya semangat wajar dengan berkorban demi mencari sesuap nasi untuk kami sekeluarga..
                                                               ~Dialah heroku..!!
                                       **** SELAMAT HARI LAHIR BABAH..****

Saturday, 4 January 2014

Memaknai PERTEMUAN & PERPISAHAN~

Bismillah..Assalamualaikum.. :)

Memulakan pena untuk 'post' bagi tahun 2014 ini dengan moment2 rindu sahabat seperjuangan tika di bangku MAAHAD DARUL QURAN dahulu.. Laman minda ini diterjah dengan pelbagai cerita suka mahupun duka yang telah dikongsi dan diwarnai dengan insan-insan tersayang..

                                

Di dalam hidup ini..banyak orang yang telah datang dan pergi..Allah temukan kita dengan orang-orang yang DIA telah catatkan di Luh MahfuzNya,,

Ada yang melintas dalam segmen yang singkat namun membekas keras di jiwa..
Ada juga yang telah lama berjalan beiringan akan tetapi tidak disedari kehadirannya..
Ada pula yang begitu jauh di mata sedangkan penampakannya melekat di hati..
Dan ada juga yang datang dan pergi begitu sahaja seolah-olah tak pernah ada...

Semua orang yang pernah singgah di dalam hidup kita ini bagaikan kepingan puzzle, yang saling melengkapi antara satu sama lain dan membentuk sebuah gambaran kehidupan.. Maka sudah fitrah, bila wujudnya pertemuan tidak dapat tidak perpisahan pasti menemui kita..

                                

Di mana ada awal,,pasti ada akhir.. Akhir sebuah perjalanan..ia akan menjadi awal bagi perjalanan lainnya.. Sebuah perpisahan, ia akan menjadi awal pertemuan dengan sesuatu yang baru..

Teman... ada saat dimana kita bersama.. dan di satu sisi ada saat kita bersendirian.. Pertemuan ini begitu mengesankan diri ini..dan perpisahan yangterjadi begitu menyedihkan.. Tapi ! hidup ini harus diteruskan.. diri ini harus tetap bergerak dan meraih masa depan..

Sahabat.. bertemu dengan kalian adalah TAKDIR.. menjadi teman seperjuangan kalian adalah PILIHAN.. bersahabat dengan kalian adalah sebuah PELUANG.. & menjadi saudara kalian adalah sebuah KEBAHAGIAAN..

Ya Rabb.. terima kasih atas peluang ini..

                                      

Sungguh,,perpisahan ini mengajar diri ini bahawa tidak ada hubungan yang kekal di dunia ini.. semua yang bersama saat ini pasti suatu saat kelak akan meninggalkan kita..

"Bertemunya kita kerana Allah..maka berpisahnya kita jua kerana Allah.. Ini kerana, Dia telah menyelitkan sebuah perasaan cinta di antara hati-hati kita sehingga tersemai sebuah rasa persaudaraan dan saling berkasih-sayang kerana Allah.."
                                    

~Di laman ini kita mula ditakdirkan bertemu..& di laman ini jua yang memisahkan jasad-jasad kita.. moga2 tautan ribat 'hati' kita terus utuh walaupun terpisah beribu batu..~

*Rindu semua yang terukir di sini :')

Bintu Alias
12:13pm
Mu'tah, Jordan