Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
*********************************************
*********************************************
Memerhatikan kanak-kanak yang kemungkinan berusia sekitar 2-5 tahun menjual 'chewing gum' di pekan Mu'tah dan juga di bab syimali universiti, suara hati kecil berkata "adakah mereka ini diculik dan diupah untuk bekerja" ataupun "keadaan ekonomi keluarga mereka yang memaksa untuk mereka mencari wang sara hidup".
Sungguh,, hati mana yang tidak tersentuh melihat keadaan mereka.. sepatutnya pada usia begitu, mereka mendapat pendidikan di sekolah mahupun di rumah dengan keluarga.. bukan di jalanan mencari wang untuk menyara kehidupan.. Mungkin, di hati mereka terdetik rasa cemburu melihat rakan-rakan sebaya dengan usia mereka boleh bergembira belajar di sekolah..bermain dan merasai alam kanak-kanak tanpa memikirkan bagaimana untuk menyara kehidupan..
Teringin sekali untuk menolong,, tetapi dengan cara yang bagaimana??sedih..sayu saat berjalan melintasi mereka.. wajah yang sugul tiap kali melihat orang lalu-lalang tanpa membeli jualan mereka..
****************************************************
Allah!! berdosa kah aku..?
Diri yang masih lagi merasai kesenangan dan tidak perlu bersusah payah dengan cara demikian, masih lagi diberi peluang belajar, jauh pulak tu dari negara sendiri.. Ya! tak dinafikan,, ujian Allah bagi sesuai dengan keadaan masing2.. kala kita hidup dalam serba yang ada, pasti terselit ujian menimpa kita.. kasut kehidupan kita tak sama dengan orang lain, bahkan dengan orang terdekat kita sendiri pun ujian yang Allah bagi berlainan.. tapi bagaimana kita menghargai nikmat-nikmat yang Dia bagi.. termuhasabah seketika dengan kisah kanak-kanak tadi..
Betullah, kadang Allah bagi pelajaran kepada kita dengan melihat kehidupan orang lain.. banyak sebenarnya lagi kisah-kisah yang boleh buatkan kita tersedar yang sebenarnya kita ni menumpang saja di bumi ni..
Terima kasih Allah,, masih lagi sedarkan diri ini yang 'aku' ini hanyalah HAMBA..
Doa diutus semoga Engkau permudahkan urusan kanak-kanak tadi.. :'(
2.48pm
Okt2115
Bayt Ad-Din, Mu'tah Jordan